|
1. |
Bolehkah syarikat menghantar borang 48A (Akuan Berkanun) sebelum
menghantar borang pelantikan pengarah tersebut melalui borang
49? Apa yang terjadi sekiranya borang 49 tidak diserahsimpan di SSM?
Boleh, sekiranya borang 49 tidak diserahsimpan di SSM maka
ini di anggap sebagai tiada pelantikan pengarah telah berlaku.
|
|
2. |
Bolehkah seseorang pengarah rakyat Asing membuat Akuan Berkanun (sebelum
dilantik ke jawatan tersebut) di luar negara?
Boleh, tetapi perlu dibuat di bawah Akta yang berkuat kuasa
di Negara yang berkaitan dan perlu diakui oleh “Notary Public” di tempat berkenaan.
|
|
3. |
Sekiranya terdapat pertukaran nama bangunan atau jalan bagi sesuatu
alamat berdaftar syarikat, perlukah dimajukan Borang 44 bagi
perubahan tersebut?
Borang 44 tidak perlu dimajukan kerana ianya tidak melibatkan
pertukaran alamat berdaftar syarikat. Yang bertukar adalah nama bangunan atau jalan
sahaja. Oleh itu tuan dinasihatkan untuk memaklumkan kepada SSM secara surat supaya pengemaskinian yang
sewajarnya dapat dibuat.
|
|
4. |
Saya dimaklumkan bahawa bilangan objek klausa syarikat telah
dihadkan kepada tiga. Adakah perkara ini benar?
Perkara ini terpakai bagi syarikat-syarikat yang
diperbadankan pada atau selepas 12 Mei 2000 (mengikut surat arahan Pendaftar Syarikat bertarikh 12 Mei 2000).
|
|
5. |
Perlukah syarikat/perniagaan mempamerkan papan tanda nama dan nombor
pendaftaran?
-
Tiap-tiap syarikat
perlu mempamerkan nama syarikat di luar tiap-tiap pejabat atau
tempat di mana perniagaan dijalankan. Bagi pejabat pendaftar
pula, mestilah mempamerkan perkataan 'Pejabat Yang Didaftarkan'
di luar pejabat berdaftar menurut kehendak Seksyen 121(3) Akta
Syarikat 1965.
-
Semua perniagaan
yang berdaftar hendaklah mempamerkan papan tanda nama perniagaan
dan nombor pendaftaran di luar setiap tempat perniagaan menurut
kehendak Kaedah 13A(1) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
|
|
6. |
Perlukah sijil perakuan pendaftaran perniagaan dipamerkan?
Sijil perakuan pendaftaran perniagaan perlu dipamerkan di tempat
yang mudah dilihat di pejabat perniagaan utama dan setiap cawangan perniagaan menurut
kehendak seksyen 11A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
[Top][Previous] |