| |
1. |
Bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan?
a. Jika pemohon
menggunakan nama seperti di kad pengenalan;
-
Tidak perlu memohon
kelulusan nama.
-
Isi dan lengkapkan
Borang A sahaja.
-
Sertakan salinan
kad pengenalan.
-
Bayaran adalah
RM30.00.
b. Jika pemohon
menggunakan nama tred;
-
Perlu momohon
kelulusan nama.
-
Isi dan lengkapkan
borang A.
-
Sertakan salinan
kad pengenalan.
-
Bayaran adalah
RM60.00.
|
| |
2. |
Apakah borang-borang yang digunakan untuk membuat perubahan
alamat utama perniagaan dan menambah jenis perniagaan?
a. Borang B1 -
perubahan alamat utama perniagaan
b. Borang B2 -
perubahan jenis perniagaan
|
| |
3. |
Bolehkah
sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965
membuka perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Pendaftaran 1956?
Tidak boleh.
|
| |
4. |
Bolehkah perniagaan perkongsian menukar statusnya kepada pemilik
Tunggal?
Boleh.
|
| |
5. |
Berapakan jumlah bayaran untuk perniagaan milik tunggal dan
perniagaan perkongsian?
a. Perniagaan
milik tunggal yang menggunakan nama diri seperti dalam kad pengenalan - RM30.00.
b. Perniagaan
milik tunggal yang menggunakan nama tred-RM60.00.
c. Perniagaan
perkongsian-RM60.00.
|
| |
6. |
Adakah syarikat yang baru ditubuhkan yang mempunyai pengarah/pengasas
pertama juga perlu untuk memajukan resolusi untuk pelantikan
pertama pengarah dan setiausaha?
Bagi pelantikan pertama pengarah dan setiausaha yang dinamakan dalam
tataurusan syarikat tidak perlu memajukan resolusi bagi pelantikan mereka.
|
| |
7. |
Bolehkah hanya setiausaha yang mengesahkan salinan resolusi lembaga
pengarah bagi pelantikan pengarah, setiausaha dan pengurus tanpa mendapat pengesahan
seorang lagi pengarah seperti yang dicatitkan dalam Pengumuman Awam SSM
Bil.3/2002?
Kedua-dua setiausaha dan pengarah diperlukan untuk
mengesahkan salinan resolusi lembaga pengarah tersebut.
|
| |
8. |
Adakah salinan resolusi lembaga pengarah diperlukan bagi peletakan
jawatan pengarah, setiausaha dan pengurus syarikat?
Salinan resolusi lembaga pengarah tidak diperlukan bagi
peletakan jawatan pengarah, setiausaha dan pengurus syarikat.
|
| |
9. |
Apa yang harus dilakukan oleh seorang setiausaha syarikat apabila
tidak dapat menghubungi semua pengarah syarikat?
Apabila seorang setiausaha syarikat tidak dapat menghubungi
semua pengarah-pengarah syarikat di alamat yang terakhir diketahui (“last known
address”) beliau bolehlah memfailkan notis melalui borang 48E
sebagai tindakan akhir dan ini bererti bahawa
satu bulan dari tarikh borang 48E tersebut beliau bukan lagi
bertindak sebagai setiausaha syarikat tersebut.
[Top][Previous][Next] |