| |
1. |
Bagaimanakah caranya menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd.?
Ia boleh dilakukan
dengan membuat permohonan nama syarikat dengan menggunakan Borang
13A berserta bayaran sebanyak RM30.00.
Jika nama
diluluskan, pemohon dikehendaki memfailkan dokumen-dokumen berikut:
-
Borang 6 - Perakuan
Pematuhan oleh Setiausaha Syarikat.
-
Borang 48A -
Perakuan Pengarah/Pengasas (minimum 2 orang).
-
Tataujud &
Tataurusan Syarikat (M&A).
-
Bayaran seperti
Jadual Kedua Akta Syarikat 1965.
|
| |
2. |
Bilakah sijil pemerbadanan syarikat boleh dikeluarkan?
Sijil pemerbadanan boleh dikeluarkan dalam tempoh 2 hari bekerja
dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap.
|
| |
3. |
Bolehkah warga asing menjadi pengarah syarikat?
Warga asing boleh menjadi pengarah syarikat dengan syarat mematuhi
seksyen 122 Akta Syarikat 1965.
|
| |
4. |
Bolehkah nama pengasas yang dinamakan dalam Borang 13A berbeza
dengan nama pengasas dalam Memorandum dan Artikel Syarikat?
Boleh dengan syarat sekurang-kurangnya seorang pengasas hendaklah
seperti yang dinamakan dalam Borang 13A tersebut.
|
| |
5. |
Apakah perbezaan di antara objek dan “Power of a Company” yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Syarikat 1965?
Objek merupakan
aktiviti atau perniagaan yang akan dijalankan oleh sesebuah syarikat
seperti yang dinyatakan dalam Tataujud Syarikat (Memorandum).
Manakala 'Power'
merupakan kuasa yang membolehkan syarikat menjalankan perniagaan
seperti yang dinyatakan dalam Tataurusan Syarikat (Articles).
|
| |
6. |
Perlukah perakuan Borang 6 dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah?
Borang 6 tidak
perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
|
| |
7. |
Bagaimanakah Borang 6 disediakan bagi syarikat yang mempunyai lebih
dari seorang setiausaha syarikat?
Syarikat yang mempunyai lebih dari seorang setiausaha, perlu
menyerah simpan Borang 6 secara berasingan oleh semua setiausaha yang dinamakan Tataurusan Syarikat.
|
| |
8. |
Apakah syarat menjadi pengarah syarikat?
Syarat menjadi
pengarah syarikat adalah seperti berikut:
-
Mesti berumur 18
tahun ke atas.
-
Tidak boleh
melebihi umur 70 tahun bagi syarikat awam dan anak syarikatnya.
-
Mempunyai alamat
kediaman utama di Malaysia.
-
Seseorang yang
bukan bankrap.
|
| |
9. |
Apakah yang dimaksudkan dengan syarikat asing (Foreign Company)?
Syarikat asing adalah syarikat yang ditubuhkan di luar Negara dan
didaftarkan di Malaysia untuk menjalankan perniagaan. Syarikat mestilah menggunakan nama syarikat yang
sama seperti di Negara asal dan tidak menggunakan perkataan Sdn. Bhd. atau Berhad dihujungnya.
|
| |
10. |
Bolehkah perakuan berkanun (Borang 48A) dibuat di luar Negara?
Perakuan berkanun (Borang 48A) boleh dibuat di luar negara dengan
mencatatkan undang-undang yang berkuatkuasa di negara berkenaan.
[Top][Next] |